Thursday, January 12, 2012
Barcelona 2011 Dec
Pada 1 dec 2011 aku berangkat ke London Heathrow, minum skikit air mineral, lepas tu terus mencari teksi untuk ke London kerana perut lapar. Kami pun tak tahu kemana nak di tuju, akhir nya teringat kan tempat lama sebelum ini di Bay's water, makan halal ada jual di situ, hari hujan renyai renyai, kami turun kat hotel orang Malaysia iaitu berjaya di mana kami pernah tinggal pada kujungan 2008, hotel bilik sempit bilik mandi pun muat untuk orang bebadan kecil. Dah turun salah hala pulak, dah ler hujan kena heret 2 bag seorang seksa. lepas makan kebab kami pun naik semula teksi menghala ke stesen bas easy bus, driver tak tahu pulak, akhir nya jumpa stesen bas, hari masih hujan renyai renyai, sejuk 3 darjah celsius, tanya driver bas dia kata salah stesen pulak, dia suruh pergi ke sebelah sana jalan dekat bas stop depan hotel di mana atap nya lebar sedepa saja. memang murah naik easy bus tapi nak pergi ke stesen kena 10 paun dari bays water. Tahan bas , bas pun berhenti driver bas tanya how many of you, 3 aku jawab, I cancelled this bus kata nya, you take the next bus, jam dah hampir pukul 10.30 malam, tunggu punya tunggu akhirnya jaum 11.00 malam datang bas , punya laju driver bawak , nak memotong aja, tak kira hujan, jalan sempit ke, Kami pun menuju ke Gatwicks , sampai pukul 12 tengah malam, counter semua dah tutup, aku sangat sangat lah nak terkencing dah menahan sekian lama, bila sampai jer kat airport terus saja kat tolet. nak kencing pun dah susah kerana dah tahan sekian lama. lepas kencing apa lagi terus mencari kerusi untuk melelapkan mata menunggu flight esy jet pada pukul 6 pagi. Bangun pagi terus ke kaunter check-in, lepas check-in terus masuk ke balai berlepas , cari hot chocklat. Dalam pesawat easy jet beli coke, isteri saya beli teh, macam rasa kertas rebus teh nya. Bila sampai di airport kat Barcelona isteri saya tertinggal glove dalam pesawat, saya nak naik semula mengambil nya isteri saya kata tak payah.
Subscribe to:
Posts (Atom)